Hihihihihi
Okayyyyy, entri nih nak kongsi pulak tips atau petua memghilangkan hingus dan kahak pada bayi khusus nya yang berumur setahun ke bawah ;)
1) Air Kelapa
- air kelapa tulen diminum tanpa gula
- kahak akan terbuang melalui hingus / najis
- untuk anak-anak yg berumur setahun ke atas
2) Madu
- 1 sudu madu + 1 biji limau nipis + air suam
- untuk anak-anak kurang dari setahun = madu + air suam
- sekiranya ada simpanan air zam-zam, boleh lah di minum bersama air zam-zam
3) Teknik Tepuk (Percussion Technique)
- sebelum memandikan anak, masukkan air panas ke dalam bekas (baldi ke), kemudian si ibu boleh duduk di atas kerusi (lebih tinggi dari baldi). Tiarapkan anak di atas paha si ibu, dan muka anak menghadap pada wap baldi. Kemudian boleh la tepukkan belakang anak dengan tapak tangan di kuncupkan membentuk "C".
- Hingus / Kahak akan keluar melalui hidung / najis.
****Boleh google gambar teknik tepuk percussion nih untuk lebih jelas ya.
4) Gas Nebulizer
- boleh dilakukan di klinik atau sekiranya mempunyai kelengkapan, boleh lakukan sendiri di rumah.
- Kahak akan keluar melalui najis / muntah.
5) Bawang Putih & minyak (masak / zaitun)
- bakar dua ulas bawang putih.
- lenyekkan bawang tadi & letakkan sedikit minyak.
- lulurkan pada leher, dada & belakang anak.
- lulurkan pada tapak kaki anak, pakaikan stokin nipis.
6) Daun kaduk + kapur + air
- ketiga-tiga bahan di ramas-ramas.
- lulurkan pada leher, dada, belakang anak.
7) Kunyit hidup
- bakar sedikit kunyit hidup.
- gesekkan padavlesung batu.
- ambil air gesekan kunyit itu dan lulurkan pada batang hidung anak.
- insyaAllah hingus akan kering.
Okay, yang selebihnya boleh lah Uols google lagi ;)
Semoga bermanfaat ya ;)
Salam Sayang,
Su Lyn
SID : 1042114
(Bakal Supervisor Jan'15.. Aamiin)
No comments:
Post a Comment