Saturday, January 24, 2015

Anak Demam.

Assalamualaikum Uols!

Iols culas berapa hari tak update blog huuuuuu.

Okay hari nih tekad nak marathon tulis blog utk hari-hari yang terlepassssss.

InsyaAllah,  I can do it!

Bukan apa, tak menang tangan bila ada anak yang demam..

Nak-nak yang bongsu belum lagi cecah umur setahun, so kena la extra penjagaan kan. Doktor pun tak akan beri sebarangan ubat..

Sebenarnya berjangkit ngan Iols hari tuh, Iols demam on Monday & Tuesday tapi gigih gak pergi kerja.

Demam+Selsema (batuk sikit). So since si bongsu fully breastfeed,  senang lah berjangkit kan..

Khamis hari tuh dah start dedar badan dia, nasib baik Jumaat Iols memang ambil cuti AL (sebab babysitter balik kampung), so bawak lah baby ke klinik..

As usual, doktor tanya umur berapa, berat berapa, breastfeed or not --- untuk determine nak beri ubat yang sesuai..

So akhirnya,

1) ubat titis untuk selsema/hidung tersumbat
2) ubat demam
3) ubat tahan bengkak/cair kahak

Alhamdulillah,  hari nih dah reda sikit panas badan Daniella ;)

Selain tuh, Iols memang ada simpan kat rumah,
























1) Nasal Spray (penyembur hidung)
2) Termometer

Nasal spray tuh sangat berguna bila tengah malam anak susah nak bernafas akibat hidung tersumbat, sembur je ke dalam hidung anak, insyaAllah keluar lah hingus.

Caranya, dalam keadaan baring, palingkan kepala anak ke kiri dan sembur hidung sebelah kanan..lelehan hingus akan keluar melalui hidung sebelah kiri.. selepas dua / tiga minit, ulang semburan pada hidung sebelah kiri pula.

Dua benda penting nih perlu jugak di bawa apabila travel.

Oh ya, Nasal spray tuh boleh je dapatkan di mana-mana farmasi :)

Okay, next entri Iols akan kongsi kan beberapa tips untuk nyah kan kahak/hingus pada bayi berumur kurang setahun..


Salam Sayang,
Su Lyn
SID : 1042114
(Bakal Supervisor Jan'15.. Aamiin)



No comments:

Post a Comment