Monday, February 24, 2014

Musim Panas ; Perlunya Perfomance Drink di Rumah Anda!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia~~





How's Ur day today? Hopefully Monday Blues dah beransur pergi.. heheheh.. sebab dah nak masuk tengahari nih.. Beberapa tips untuk me-NYAH-kan Monday Blues U olls~~





Masuk pejabat setelah dua hari berehat, asyik terdengar update colleagues on high fever among family members.. Almaklum lah musim yang tidak menentu, kemarau tapi kadang-kadang hujan.. 
Tidak lembab tapi masih dihantui nyamuk-nyamuk Aedes.. 
Risau juga, kena selalu ingat mengingatkan, untuk jaga kebersihan sekitar rumah, untuk mengambil supplemen yang perlu sebagai prevention towards jangkitan dan macam-macam lagi langkah berjaga-jaga.. 
Tidak lupa jugak untuk menakung air lebihan di Klang Valley nih, takut-takut air dicatu!

Musim Panas - Perlunya PERFORMANCE DRINK Di Rumah Anda~


Produk Shaklee yang ingin saya kongsikan hari nih ialah ;




Sedikit info tambahan tentang elektrolit. Antara elektrolit yang utama dalam badan adalah ;

1) Sodium Ion
2) Chloride Ion
3) Magnesium Ion 
4) Calcium Ion
5) Potassium Ion





Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yg digunakan oleh saraf-saraf dan otot-otot badan. 


ANTARA KEBAIKAN & MANFAAT MINUMAN INI ;

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3.  Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

5. Fungsinya tidak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

6. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. 

*Anak-anak yang demam pun elok amik nih sebab biasa la budak-budak bila dah demam tiada selera makan minum
*Ia bole membantu mencegah dehydration tu.



Terbukti secara klinikal  dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air

Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal : Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


Siapa yang sesuai untuk mengamalkan pengambilan Performance Drink?

✔ Anda yang aktif bersukan.

✔ Anda yang ingin berpuasa (atau diamalkan semasa bulan puasa) - diambil sewaktu sahur dan berbuka puasa.

✔ Mereka yang menghidap penyakit Gout.

✔ Mereka yang kurang pengambilan air.

✔ Ibu yang menyusukan anak (breastfeed).

✔ Anda yang kerap berasa sakit kepala.

✔ Mereka yang gemar minum minuman berkarbonat.

✔ Mereka yang ingin melakukan pembedahan.

✔ Mereka yang sering tidur lewat malam.

✔ Mereka yang sering keletihan.


Kenapa Performance Drink lain daripada minuman tenaga yang lain?

Kandungan gula yang terdapat dalam Performance Drink kurang berbanding minuman lain.

☛ Mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah dan membolehkan ia mudah diserap untuk mengekalkan paras gula dalam darah.

☛ Membantu mengurangkan penyah-hidratan (kurang air, kehausan) kerana Performance Drink dilengkapi dengan kandungan natrium yang membantu mempercepatkan penyerapan air ke dalam tubuh.

☛ Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium, dan chloride yang membantu membekalkan tenaga dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh.

☛ Performance Drink dapat membantu memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, serta meningkatkan daya ketahanan otot.

☛ Mempunyai lebih 67 % otot glikogen (sumber tenaga).



Antara Atlit-atlit US yang Menggunakan Produk Shaklee:


 ELI BREMER


“A typical hard week for me will include about 60 miles of running and 25 miles of swimming. Performance gives me the fluids and electrolytes I need to keep going and push hard during those difficult weeks when I’m getting ready for a big competition.” 
*A longtime fan of Shaklee, he says he’s “never been let down by their quality.*

"Seminggu yang padat biasa bagi saya  termasuk kira-kira 60 batu berjalan dan 25 kilometer berenang. Performance (Drink) memberikan saya cecair dan elektrolit yang saya perlukan untuk menyimpan tenaga yang berterusan dan saya berusaha keras membuat persediaan untuk pertandingan yang besar. 
*Seorang peminat lama daripada Shaklee, dia berkata dia" tidak pernah dikecewakan oleh kualiti mereka.*




Apakah maknanya fakta-fakta yang saya kaitkan di atas? 

Pada saya sekiranya produk-produk  Shaklee digunakan oleh para atlit, tentulah produk-produk ini selamat, bertenaga dan paling penting ianya mesti bebas dadah.




Fuhhhh, panjang lebar penerangan mengenai Performance Drink nih kan?

Kesimpulannya ; setiap rumah perlu mempunyai satu Performance Drink untuk seisi keluarga!



Untuk mereka yang tinggal di sekitar Cheras, Pandan & Ampang, boleh hubungi saya untuk COD & harga yang berbaloi-baloi!

Just SMS/WhatsApp/Call : 012 696 9569

atau ;



ORDER SECARA TERUS dengan Shaklee Malaysia! Boleh klik link di bawah utk pesanan ;


LOVE, Lyn


Friday, February 21, 2014

Konsep & Kesan Healing Crisis.

Salam Readers.. ;))

Moga sentiasa diberkati, Amin ya Rab.

Perkongsian kedua saya pada hari nih ;

Konsep & Kesan Healing Krisis.

Krisis Pemulihan, atau lebih dikenali sebagai Healing Crisis merupakan antara salah satu sebab ramai yang takut untuk mencuba sesuatu suplemen. 
Mereka lebih takut dengan "krisis sementara" berbanding dengan kesan baik jangka panjang!

Apakah Healing Crisis ini?

Setiap kali badan kita cuba membaik pulih dirinya, krisis permulihan akan berlaku. Di antara proses membaik pulih secara efektif termasuklah ;

1) nyahtoksin (detoxify)
2) memperbaiki (repair) 
3) membina semula (regenerate)

Krisis pemulihan ini melibatkan setiap sistem di dalam badan, yang bergerak dengan harmoni untuk membuang sisa kumuhan melalui sistem perkumuhan, seterusnya menyediakan tubuh untuk proses memperbaiki dan membina semula.

Sisa kumuhan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kumpulan utama :

(1) Toksin degil (stubborn toxin residues) yang telah terbentuk bertahun-tahun dan disimpan di dalam sel/ tisu badan.

(2) Toksin bakteria (Endotoxins) yang dilepaskan oleh bakteria ketika bakteria-bakteria ini mati (dibunuh) semasa proses nyahtoksin/ krisi pemulihan.


Dengan kata ringkasnya, krisis pemulihan ialah reaksi semulajadi (sistem imun) badan terhadap toksin-toksin yang dilepaskan ke dalam aliran darah LEBIH CEPAT berbanding kemampuan tubuh untuk mengeluarkan toksin-toksin ini dari dalam badan!

Proses nyahtoksin (detoxify) tubuh juga terbahagi kepada 2 tugas utama :

(1) Menghapuskan sisa buangan dan toksin.
(2) Melindungi tubuh daripada mikrob dan toksik kimia yang berbahaya.

Di antara tanda-tanda krisis pemulihan ialah :

(1) Sakit kepala
(2) Letih lesu
(3) Sakit otot
(4) Rasa gelisah
(5) Perubahan emosi
(6) Gatal dan alahan kulit

Ada juga yang mengalami kesan lebih hebat seperti :

(7) Cirit-birit
(8) Cramps
(9) Loya
(10) Demam/ Seakan-akan selesema (flu)
(11) Jerawat di muka dan badan
(12) Tekanan darah rendah

Apapun yang anda alami, ketahuilah bahawa kesihatan anda bukanlah semakin buruk, malah tubuh anda sebenarnya sedang berusaha untuk menjadi semakin baik! 

Sedikit demi sedikit anda akan merasakan bahawa tubuh anda menjadi semakin normal. Namun, anda perlu bersabar untuk mengharungi fasa pemulihan ini yang berbeza di antara setiap individu.

PERINGATAN :

Sekiranya anda mengalami krisis pemulihan yang serius seperti masalah pernafasan, sakit melampau di bahagaian dada/ tekak, bengkak/ benjol yang luar biasa, dan apa jua tanda-tanda yang luar biasa, segeralah dapatkan bantuan kecemasan!

Bagaimana untuk menghadapi krisis pemulihan ini?

(1) Perbanyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan untuk pastikan badan sentiasa terhidrat. Sebaik-baiknya untuk minum 2-3L air sehari. 

Tips : 1 L air kosong untuk setiap 25kg berat badan anda!

(2) Berehat, jemurkan diri (udara pagi yang terbaik!), dan lakukan senaman ringkas.

(3) Jika kesan krisis pemulihan ini tidak begitu berat, benarkanlah krisis permulihan ini untuk terus berlaku. Kesan ini biasanya berlangsung selama beberapa hari, atau mungkin berminggu - bergantung kepada tubuh individu. 
Jadi, jangan menyerah kalah terlalu awal!

Anda akan rasa sangat berpuas hati selepas krisis pemulihan ini tamat, dan kesabaran anda itu sangat-sangat berbaloi!

(4) Kasihanilah diri (jiwa & tubuh) anda! Sekurang-kurangnya, di dalam tempoh pemulihan ini, janganlah sumbatkan lebih banyak toksin ke dalam badan anda! Cara paling mudah ialah cuba hentikan pengambilan makanan dan minuman yang diproses, yang perlukan berjam-jam untuk dihadamkan, atau yang tinggi kandungan gulanya.

Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. 
Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.


Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.


Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.


Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung? 

Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.


"Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?"

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

1. Anda tidak mengambil dengan konsisten!

2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan!

3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus!

4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang!

5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih!

6. Keadaan tubuh yang kronik!

Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca 

Tanda Krisis PenyembuhanKemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantukTubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa beratTekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahanMetabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busukTanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergasSistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumurFungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berairFungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarahMungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendiTubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejasProses penyembuhan semakin cepat
Insomnia or atau hiperaktifSistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendirKetidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besarMungkin buasir
Pening, laparHipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, seduSistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)

Masalah buah pinggang





Semoga menjadi perkongsian yang bermanfaat buat semua readers... ;))

Sampai berjumpa lagi!

LOVE, Lyn



Gout.

Salam Jumaat to U, my special readers.. May U always be in God's bless.. Amin..

For my Muslim readres, let's recite selawat to our beloved prophet Nabi Muhammad SAW ;




Alhamdulillah.. syukran ;))

Hari nih saya nak kongsikan satu cerita mengenai customer merangkap kawan baik saya sendiri. Untuk pengetahuan, beliau mempunyai sakit gout & darah tinggi. Sudah acapkali saya mengesyorkan kepada beliau untuk mencuba set Gout Shaklee & set Darah Tinggi Shaklee. Tetapi mungkin pintu hatinya belum terbuka untuk mencuba. InsyaAllah berserah pada Allah, kita cuma mencadangkan, terpulang kepada individu untuk memikirkan mana yang terbaik. ;))

Dipendekkan cerita, setelah beberapa lama tidak diserang bengkak gout, semalam beliau meng-WhatsApp saya dan mengatakan ibu jari kaki kanan beliau bengkak, merah & rasa berbisa. Sebagai seorang kawan baik, saya pun membebel (biasa lah bila dah jadi ibu nih, akan membebel dahulu baru memberi jalan penyelesaian. heheheheh). Saya memberi cadangan supaya beliau berehat sahaja di rumah & mengambil pain killer yang dibekalkan oleh doktor.

Sekali lagi, saya telah promote set Gout Shaklee pada beliau. Amazingly, unlike usual, beliau terus mengatakan, "OK, nanti gaji aku order." Alhamdulillah, berkat kesabaran & niat mahu membantu, beliau berani untuk mencuba produk No. 1 nih.

Walaupun tidak memesan complete set, saya mencadangkan beliau mulakan dengan OmegaGuard dahulu ;

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6ae948577c0bd7c07f4e74b4745f74a8


Okay, enough intro ;))
Mari berkenalan dengan G.O.U.T

APA ITU G.O.U.T?

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

TANDA G.O.U.T


1) Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
2) Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
3) Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
4) Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
5) Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
6) Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
7) Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

KOMPLIKASI

1) Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
2) Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.

Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:

4) Kegemukan
5) Darah tinggi
6) Hiperlipidemia
7) Diabetes

SIAPA YANG BERISIKO ?
1) Lelaki
2) Wanita menopos
3) Obes / berat badan berlebihan
4) Makanan berprotein tinggi yg diambil secara berlebihan
5) Makan makanan dari organ dalaman haiwan seperti hati,limpa dsb.

RAWATAN
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

1) Rawatan serangan akut.
2) Rehatkan sendi semasa serangan gout.
3) Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.
***Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

4) Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. 
Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit 
(Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

5) Steroid 
(Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang.
Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

RAWATAN JANGKA PANJANG

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

1) Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
2) Mengelakkan minuman keras
3) Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi.
Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

PEMAKANAN
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.

ELAKKAN MAKAN
@
KURANGKAN MAKAN ;

1) Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
2) Ikan bilis, kembung, sardin
3) Daging cincang
4) Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
5) Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
6) Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
7) Peanuts, lentil, beans and peas
8) Poultry
9) Roti jagung dan bijirin


PENCEGAHAN

***Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
***Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
***Minum banyak air 



sumber : Lifeline


CADANGAN UNTUK SET GOUT SHAKLEE 


1) OmegaGuard (90capsules)

Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. 
Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.


2) Alfalfa (330tablets/700tablets)

Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. 
Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak utk melancarkan proses detoks ini.

3) Advance Joint Health (60coated tablets)

Meningkatkan keselesaan pada sendi seawal hari ke-5.
Keselesaan sendi dengan 28% lebih cepat. 
Memelihara tisu penyambung yang sihat dengan tambahan kuprum, zink, vitamin c dan manganese yang bertindak membina kolagen.
Meningkatkan keupayaan ‘kusyen’ dengan glukosamin dari ekstrak boswellia , jadi anda bebas bergerak.
Menambahkan kebolehan pergerakan tanpa rasa sakit
Memperbaiki/Meningkatkan/Menyokong kesihatan fleksibiliti sendi untuk jangka masa panjang.

4) Performance Drink

Memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. 
Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid uric.

ANDA MEMPUNYAI ALTERNATIF YANG LEBIH SIHAT & SEMULAJADI UNTUK MERAWAT GOUT ANDA.

InsyaAllah saya akan kongsikan testimonial kawan baik saya pada masa akan datang.

Sesungguhnya kita sebagai manusia merancang & berusaha, itu yang disukai Allah ;))

REACH ME @ 012 696 9569 untuk harga yang berbaloi-baloi dan konsultansi percuma :))

atau :


ORDER SECARA TERUS dengan Shaklee Malaysia! Boleh klik link di bawah utk pesanan ;



LOVE, Lyn