Sunday, October 19, 2014

T.R.I.F.L.E Kuuuuuuuu~~~

Salam Ahad~~~

Ceria-ceriakan Ahad Uols~~~ Even esok is Isnin kannnnn hehehhe

Takde nak cerita apa today, just nak share resipi TRIFLE yang simple & cepat disediakan.........



Gambar-gambar kat atas tuh hasil dari air tangan Iols tau hihihi

Senang je nak buat trifle nih.. sesiapa yang ada potluck kat ofis tuh & tak ade masa nak prepare yang gempak-gempak, boleh la cuba buat dessert nih... kos pun murah..


Okay, antara bahan-bahan yang diperlukan ;

1) SwissRoll Cake - pada Iols kalau nak sedap guna perisa Coffee.. akan terserlah kepelbagaian rasa trifle Uols~~ tapi terpulang lah kalau nak guna perisa Pandan or Chocolate

2) Tepung Custard - Iols guna brand Bird's (packaging warna biru)

3) Susu Cair - brand Ideal

4) Fruit Cocktail - kalau tin besar boleh buat dua (2) trip hihihihihi

5) Agar-agar/Jelly - beli peket yang kecik pun ok ;))

6) Gula

7) Air

Cara - cara nya ;

1) Potong swissroll sekeping-sekeping dalam setengah inci tebal dan susun dalam bekas/loyang.

2) Renjiskan air fruit cocktail ke atas lapisan swissroll tuh. Ketepikan.

3) Masukkan ke dalam periuk (Iols guna rice cooker hihihihi) ;
Kemudian tuangkan 1 tin SUSU CAIR, 
AIR (sukatan 1 tin susu cair), 
3 sudu besar GULA & 
3 sudu besar TEPUNG CUSTARD.

Gaul kan sebati sambil panaskan periuk tersebut.... Api kena perlahankan supaya custard tak berketul dan adunan tuh tak hangus. Agak-agak dah likat, matikan api dan tunggu dalam 5 - 10 minit sebelum dituangkan ke atas lapisan swissroll tadi.

4) Bila adunan custard yang telah dituang ke atas swissroll tadi dah sejuk, taburkan FRUIT COCKTAIL (WITHOUT AIR nye tau)ke atas nya.

5) Masakkan 1 peket agar-agar/jelly. (yang nih bole ikut arahan kat peket tuh ye Uols :))

6) Agar-agar dah masak and sejuk sikit, boleh la dituangkan keatas fruit cocktail tadi.

7) Boleh lah disejukkan dalam fridge semalaman or a few hours.

8) Sedia di-MAKANNNNNNNNN. :))


hihihihi Selamat MENCUBAAAAA~~~~~

LOVE, Lyn


No comments:

Post a Comment