Friday, October 24, 2014

Resipi Lempeng berperisa Vanilla MealShakes ;))

Assalamualaikum & Salam Jumaat Uols...

Jangan lupa perbanyakkan selawat hari nih ye..
Jangan lupa potong kuku mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW kita..
Jangan lupa baca surah Al-Kahfi.. kalau terasa surah tuh panjang sangat nak baca (ada 110ayat), boleh lah dibaca sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat yang terakhir..

Sama-sama mencari barakah pada hari yang mulia nih :))

Okay, now nak share resipi lempeng berperisa MealShakes.. hihihi
Amboi mentang-mentang bulan promo MealShakes, macam-macam idea masak keluar kannnn...


Ada beberapa hari lagi untuk promo MealShakes ni Uols.. jom membeli sambil membantu~~


Haaa, antara bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi iols nih ialah :


1) dua cawan/mangkuk kecil Tepung Gandum
2) satu cawan/mangkuk kecil Air
3) tiga sudu kecil MealShakes Vanilla Shaklee
4) tiga sudu kecil Instant Oatmeal (tak letak pun takpe, terpulang ;))
5) satu biji Telur
6) satu sudu kecil Gula

Okay cara-cara nya ;

1) Masukkan dua cawan/mangkuk kecil tepung tadi ke dalam bekas yang lebih besar.

2) Masukkan tiga sudu kecil MealShakes Shaklee. 















3) Masukkan tiga sudu kecil Instant Oatmeal.


4) Masukkan satu sudu kecil gula. (Oat dah tak nampak sebab iols dah gaulkan terlebih dahulu ;p)

5) Masukkan satu cawan/mangkuk kecil air. (kalau adunan tak cukup air, boleh lah tambah lebih sedikit sehingga menjadi agak cair). Kemudian masukkan sebiji telur.

6) Ready untuk dimasak. iols lupa tak dan nak snap gambar ketika dimasak sebab dah excited bangat nak rasa hihihi. Okay uols boleh masak dengan mentega/marjerin instead of minyak supaya lempeng jadi leper dan cantik.

7) Kemudian boleh lah dihidangkan dengan cicahan pilihan uols - s
ambal ikan bilis/madu/butter/mentega/susu/baked beans 
dan lain-lain lagi la... for my small family, we chose to have it with baked beans!

YUMMEEHHHH... adunan tadi dapat lah dalam 10-12 keping lempeng besar tapak tangan. Sedap (amboi masuk bakul angkat sendiri hahaha) sebab lemak-lemak sikit, rasa kepingan oatmeal and the best part is, bau Vanilla from MealShakes tuuuuu~~

Haaa bole lah try resipi nih untuk minum pagi/petang or supper... simple and cepat!

Anyone nak order Shaklee, boleh terus hubungi saya di 012 696 9569

LOVE, Lyn






No comments:

Post a Comment