Thursday, November 6, 2014

Pilihan Vitamin untuk Ibu Mengandung

Hi uols~~~

Tahukah uols antara pilihan vitamin iols semasa mengandung ialah B-Complex Shaklee?

Sebab - antara kandungan B-Complex Shaklee adalah Asid Folik.

Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folik sebagai langkah persediaan untuk hamil.

Tetapi tahukah uols akan kepentingan asid folik ini?

Jom iols kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua.

Apa itu ASID FOLIK?

Folic Acid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh.

Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel.

Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru.

Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)

2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

3) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.

4) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:

  •   Sumbing lelangit (cleft palate)
  •   Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  •   Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  •   Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)


Bila ASID FOLIK perlu diambil?

Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. 

Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. 

Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. 

Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan.

Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.

Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang.

Merawat kesuburan pada lelaki.

Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?

Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari

Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?

1.Hati ayam

2.Daging, ayam, telur

3.Kekacang

4.Beras perang, barli, oat

5.Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim.

B-Complex Shaklee & Kelebihannya



  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.

  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.

  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.

  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.

  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.

  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif.

  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.


Nota Kaki : Asid Folik & vitamin B larut dalam air. Ini bermakna jika kita mengambil asid folik secara berlebihan, ia tidak dapat disimpan di dalam hati (pusat simpanan nutrient), maka ia akan dikeluarkan melalui air kencing. Oleh sebab itu tidak perlu risau jika air kencing uols berwarna kuning keemasan ye ;)) itu adalah tanda vitamin B yang berlebihan.

Nak dapatkan B-Complex Shaklee?

Hubungi iols @ 012 696 9569 (Call.SMS.WhatsApp)

ATAU ;

ORDER SECARA TERUS dengan Shaklee Malaysia! Boleh klik link di bawah utk pesanan ;



LOVE, Lyn



No comments:

Post a Comment